Roadtrip to Perlis Indera Kayangan!

 
Wang Kelian View Point

Finally cuti sekolah June 2022 we all dapat roadtrip satu family ke tempat idaman papa az which is negeri Indera Kayangan. Trip 3 hari 2 malam bermula Ahad, 5 Jun 2022. And kebetulan birthday second born, Aufa Zafryl! So haritu merasa la breakfast di KL, lunch di Perak & dinner di Perlis :) Banyak kali roadtrip ni ditunda disebabkan macam2 benda. Dan we also try to avoid untuk gerak time peak days because we hate jammed! 

Traffic along the way

Day 1
Bertolak dari KL around 1130 am. Since weekend tu long weekend (Sabtu, Ahad & Bday Agong on Monday) so we expect some delayed masa perjalanan. Tapi since not rushing so kita lek2 plan nak gerak awal pagi tapi akhirnya 1130am baru bertolak. 

Dalam perjalanan sempat dani buat youtube review mochi boba, sooo meriah dalam kereta tu, lama budak2 ni x jalan jauh, paling jauh pun ke Melaka hantar abg andra masuk asrama. So we'll see how it goes! 230 pm sampai di R&R Gopeng. Lunch dekat situ, ramai jugak la hooman berhenti utk lunch break, toilet break, solat and dani n aufa sempat main playground dekat situ tp mama bagi 5 mins je, jadila nakk... jauh lagi perjalanan kita ni..
 
Mochi boba review click here
  
Seafood Kuala Perlis
Continue driving sampai ke Perlis.. Alhamdulillah walaupun kereta banyak tapi tak jem yang teruk.. Around 630 dah sampai sempadan Kedah/Pelis and we decided utk terus ke Kuala Perlis n dinner dekat situ terus (Seafood Kuala Perlis ofcos!). And malangnya nak masuk arah jeti kuala perlis jem bakhang, kereta beratuq so kami berhenti lah dekat restoran tepi jalan je (x sampai jetty) tapi still ada masakan seafood. Rasanya ramai yang baru balik dari Langkawi kot & cari makan dekat area ni.. So bila dah dapat meja & semua tengah kelaparan, order la macam2 tapi dekat 2 jam baru dapat! Sambil menunggu macam2 la activity untuk mengisi masa terluang, main teka teki la, ambik gambar la, main game la dll.. Ada sorang budak paling kecik tu (dani) sangat teruja tengok bekas air basuh tangan (kendi). Lastly bila dapat semua food Alhamdulillah semua kekenyangan siap tapau satay lagi (sbb takhabis makan kekenyangan). Food rating dekat kedai ni kita bagi 3.5 star, service 1.5 star sebab lambat amat, sambil menunggu tu ada la dalam 2 family chow sebab makanan taksampai2. Kesian kan dengan anak kecik lagi. So plan well ok, siapkan la kudap2 ke so xde la kelaparan kalau ada kejadian camni sampai nak makan orang!

Almost 2 jam baru dapat makanan! Fuh.

Thailand Time Zone
Lepas selesai makan kami gerak terus ke tempat tinggal. Homestay The Red Cabin Padang Besar terletak di Padang Besar dan betul2 sempadan sampai waktu pun bertukar satu jam lambat! Bayangkan waktu malaysia sepatutnya 1130 malam tapi jam tangan kami (auto detect time/location) stated baru 1030 malam! Wah, kita dah masuk time zone Thailand la ni ye, delayed 1 jam :)  So semua dah kepenatan and now sleeping time! Kami book 2 cabin so anak bujang 2 orang tu tido la satu cabin tapi cambiasa la mama yang kena tunggu sampai diorg tertidur baru boleh bergerak ke cabin sendiri. 

Lepaks at The Red Cabin Padang Besar

Usha ikan guppy & floting plants!


Day 2

Morning! Siap2 cari breakfast & terus ke tempat2 menarik sekitar Perlis. Terjumpa foodcourt di area Kampung Baru Padang Besar and ada macam2 menu yang menarik dekat situ yang penting ada roti canai kegemaran papa az, and ada juga roti john, keropok, moi sup, laksa siam, nasi lemak dll. Selesai isi perut kami terus bertolak ke Arked Padang Besar. Tiba jam 930 pagi dan kereta dah start beratur, Alhamdulillah Waze bawak jalan pintu belakang dah dapatlah kami elak jem & parking area situ pun masih kosong. So tips nak ke Padang Besar - gerak awal pagi & masuk laluan pintu belakang. 

Arked Padang Besar
Actually kami anak2 beranak ni semua takpernah jejak Arked Padang Besar kecuali mama az sbb dulu kan belajar kat bumi Sintok. Kira trip ke utara ni mengimbau la kenangan masa belajar dulu.. sewa kereta kancil sama2 geng, makan kat kuala perlis dll. Ok back to Padang Besar, motif utama datang sini adalah beli jersey. Memang dah janji dengan birthday boy nak belanja jersey. Memang agak banyakla kedai jual jersey dekat sini dah macam2 club ada. Rambang mata anakanda2ku. Akhirnya masing2 bawa pulang 2-3 helai sorang jersey club favorite together with tracksuit. Mama sempat capai 2 blouse & kudap2 - Pepero Oreo (RM25 box besar), ikan bilis tomyam (ni sedap sangat krup krap x berhenti!), kerepek2 dari siam dll. Dan fyi semua tu setel sebelum jejak KL! Dani pulak selain jersey dia mencari bantal boba tapi takjumpa, end up dapat pow bantal Rilakkuma < budak paling kuat shopping. 



Bukit Chabang
Selesai shopping geli2 kami terus ke next destinastion - Bukit Chabang. Bukit Chabang merupakan bukit yang unik kerana bentuknya yang bercabang dan boleh dilihat sepanjang Jalan Kangar - Kaki Bukit. Kalau ada yang nak hiking sampai atas pun boleh tapi katanya agak curam & 70-90% struktur bukit tersebut berbatu. But surely view dekat atas tu sangatla worth it especially time sunset & sunrise. Cuma extra careful lah ok. Nak masuk area ni kena bayar RM2/person, kids FOC. Untung tuan tanah dapat bina rumah dekat area yang sangat cantik, kalau pagi2 dah macam dekat oversea dengat view hijau & bukit bukau. Ada juga kandang kambing yang jinak2, jangan risau kawasan tu masih bersih dan sangat cantik untuk bergambar. Seronok betul anakanda2ku dapat bermain & bagi makan anak2 kambing dekat situ. Ada juga meja dan kerusi disediakan untuk kita duduk2. Mana yang ada picnic mat boleh la bawa & berpicnic di sini. Cuma masa kami sampai (pukul 12 tghari) memang tengah panas lit2 sampai, so make sure bawa payung/topi ya. Makanan & minuman boleh bawa sendiri sebab memang tak disediakan. Cuma setelah selesai berpicnic tu sila la kemas balik ya, jangan tinggal sampah merata2 pula < pesanan penaja





  

Timah Tasoh Lake 
Seterusnya kami ke Timah Tasoh untuk menikmati keindahahan alam dari different view pula. Alhamdulillah kami berpeluang menaiki perahu layar atau Hobie Catamaran Gateway mengelilingi Tasik Timah Tasoh selama 45 minit. We're so excited yet a bit worried sebab dah lama x buat adventure activity ni (selain snorkelling, what else), and first time naik perahu layar! But it was FUN! Birthday boy paling happy, sengih sepanjang trip and we enjoy the trip so much. Sapa yang ada trip ke Perlis please make sure masukkan activity ni dalam itinerary u all ok! Ni link nya: Hermission House. Selain dari naik perahu layar, ada banyak lagi activity menarik di Timah Tasoh ni, memang sesuai untuk family. Pengunjung pun agak ramai, maybe Public Holiday, thats why meriah sangat!

 





 

 



Selesai beraktiviti kami terus gerak pulang ke cabin. Anakanda2 pun sebenarnya taksabar nak unboxing jersey2 yang dibeli di Padang Besar. Selesai mandi & bersihkan diri kami siap2 untuk dinner di area Padang Besar tu. Terjumpa satu kedai ala cafe tp jual thai food so kita cuba la.. kedai tak viral pun takpe asalkan dapat food cepat, sedap dan selesa. Dan walaupun dah musim pandemic dah berlalu kita kena berjaga2 juga tak kira tempat. 

Day 3

Wang Kelian View Point 
Last day di Perlis, pagi ni kami ke Wang Kelian Viewpoint yang takjauh dari cabin tempat kami tinggal. Oleh kerana seperti terlambat bangun dan nak kejar sunrise dan awan carpet putih kami ke sana tanpa mandi pun haha. Sapa je tau kan, eh. Once sampai, kena hiking (actually jalan je) less than 10 minutes. Walaupun pagi lagi orang dah berpusu2 mendaki untuk menikmati view Malaysia - Thailand border ni. Dari atas kita dapat melihat pemandangan indah Negeri Perlis dan Banjaran Nakawan yang sangatlah cantik bagaikan lukisan. Disebabkan terlewat sampai awan karpet putih pun dah berlalu, tapi view yang dihamparkan ini pun dah cukup untuk kami menjamu mata pagi2.. sejuk mata memandang.. Kalau tengok dekat atas ni ada tapak gerai yang masih belum dibuka, mungkin awal pagi sangat, so takdapat la kami merasa menu2 dari atas kayangan ni :) maybe next time. Sebelum bertolak balik ke cabin dan check out kami sempat bersarapan di kedai tepi jalan. Rata2 penduduk di sini boleh berbahasa siam dan menu pun adalah touch of siamese tu. Yelah dah sempadan kan.




Negeri Kepingan Syurga
Selepas check out kami sempat ronda2 kawasan kampung di sekitar Kangar seperti Kampung Sahabat & Kampung Wai. Walaupun merupakan negeri terkecil di Malaysia, Perlis mempunyai pelbagai panorama yang lain dari pada yang lain. Saya selalu imagine Perlis ni ibarat Danau Toba, Negeri Kepingan Syurga di Indonesia. Pemandangan yang sangat mengasyikkan dan masih untouchable. 






So this is the end of our roadtrip ke Perlis tahun ni. Tahun bila lagi dapat jejak entahlah.. Anak2 dah start masuk sekolah & asrama, hanya cuti sekolah je la yang dapat berjalan cuci mata. Thank you Perlis atas pengalaman baru, 3 hari 2 malam memang tak cukup, ada banyakk lagi tempat tak cover, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.. Perjalanan di teruskan ke Kelantan tapi tu tak share la kot, mostly visit rumah relatives saja :) 

Sy share itinerary kami (cadangan) di Perlis 3 hari 2 malam:

Day 1
11 am - Bertolak dari KL 
2 pm - Lunch R&R Gopeng
6 pm - Check in di Padang Besar
8 pm - Dinner di Kuala Perlis

Day 2
8 am - Breakfast di Padang Besar
9 am - Arked Padang Besar
12 noon - Bukit Chabang 
4 pm - Timah Tasoh Lake (family activity)
7 pm - pulang ke homestay 
8 pm - Dinner di Padang Besar area 

Day 3
7 am - Wang Kelian View Point 
9 am - Breakfast di Wang Kelian area
11 am - Check out 
12 noon - Ronda-Ronda Kampung Sahabat (sawah padi tepi laut)
1 pm -  Ronda-ronda Kampung Wai (Empangan) 
2 pm - Bertolak pulang 



*pictures will update later






 


Comments

Popular Posts